Sunday 11 December 2016

First Grading

Assalamualaikum w.b.t

Aku ni memang jenis yang ganas sikit dari kecik . Disebabkan aku membesar bersama 3 org abang, so faham2 lah kenapa aku suka main video game and bace komik bagai . Dulu memg selalu gaduh ngn abg aku terutamanya yg ata aku. Dengki sgt ngan aku, haha. Ayah ckp die jeles masa aku lahir dulu tu yanag membuli je memnjang . 
So dari kecik aku memang suka lwn2 ni. Aku ni dduk kmpung je. So kwn pun memg ramai lelaki, pernah 1 hari aku ajak combat ngn sorg budak lelaki ni, dia ada belajar karate . Tapi aku memang lah sbab lawan gitu2 jerr .
Ok sekolah menengah aku masuk sekolah sejenis(girls school) dan aku ada masuk unit beruniform silat sendeng, memang aku berminatlah nak masuk . Start form2 Aku dah masuk tournement silat (tapi bukan combat), just masuk masal(lebih kurang mcm persembahan). 
Dapat masuk UKM ni aku memang cari pun persatuan silat dan akhirnya aku dapat masuk under citra Silat Gayong Malaysia ni . Happy Gilaa ! So, setiap hari Rabu & khamis , kami kami akan hadir ke kelas citra ni . Setiap kali kelas aku memang excited sangat nak belajar benda yang baru . Aku memang akan belajar menguasai gerakan silat yang diajar taktau lah kenapa rasa semangat nak bersilat tu ada . Kalau nak tau arwah Atuk aku dulu guru silat, maybe sebab tu aku mewarisi semangat beliau . hihi .

Masa Hari Sukan Negara citra silat  ni mewajibkan semua untuk buat persembahan sekat GMI, time ni lah aku kenal senior sorang ni. Dia student UNIKL , belajar silat kat PLKU, tapi disebabkan kat PLKU tu dia sorang jer yng perempuan, Cikgu Idris suruh dia berlatih kat UKM . Nama akak ni Kak Syifaa', umur 24 tahun. Dia ni jadi partner aku untuk Grading.

So harinilah hari yang ditunggu-tunggu iaitu Ujian Penaikan Bengkung. Serius nervous, nasib baik Cikgu Faizal(Tester) tu okey orgnya, selalu senyum & x garang. So xlah nervous sgt. Alhamdulillah aku dapat buat masa ujian ni, dari Asas Gerakan, Asas Elakan, Kunci Mati, Tenggiling, Lompatan & Sparing . Kalau aku lulus ujian ni maknanya untuk sem depan aku akan beralih ke bengkung putih yang dah tentunya pelajarannya lebih mencabar . Aku harap aku dapat kekalkan semangat untuk bersilat ! 




Anak-anak Gayong